Product Description
Berserta Dengan Romanais Bahasa Arab dan Doa-doa Selepas Solat.
Pembacaan Surah Yasin
- Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya.
- Surah Yasin merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam Al-Quran.
- Hadith Nabi s.aw. menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca Al-Quran akan mendapat pahala yang besar.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.
[Riwayat al-Tirmizi]